Tuesday, December 12, 2006

Sekawan.Net

Akhirnya, sekarang aku dah ada domain name sendiri.. aku bagi nama `Sekawan.Net`.. Mula2 nak beli sekawan.com.. tapi biasalah kan.. .com ni semua orang dah kebas dulu.. kadang2 sakit hati gak, diorang beli tapi website tak bangunkan jugak..

Aku beli domain tu murah je.. RM35 hengget je setahun.. tapi risau gak sebab company yang aku beli domain tu, alamat opis pun takder.. tapi nasib baik domain tu dah up sekarang ni..

Hosting, pulak aku amik kat Cgyhost.net.. perghh.. memang best hosting kat sini.. aku puas hati gak lah.. dah lah murah, RM70 hengget je setahun.. pastu memang support dia best.. diorang punya staff bagi support sampai lepas waktu kerja pun boleh.. hosting dia laju gak lah.. aku ambik shared hosting jer.. nanti lah kalau sekawan.net tu dah hit, barulah plan nak upgrade package lain pulak..



Kat atas ni screenshot Sekawan.Net.. Sekarang ni aku tengah busy lah sedang menyiapkan website aku ni.. bertungkus-lumus betul aku coding.. hehe.. Sekawan.Net ni sebenarnya just advertisement directory yang service dia 100% percuma.. setakat ni aku buat 3 directory dulu..

1. Dating
- Directory ni untuk ahli2 mencari kawan baru atau mencari kekasih hati.. hehe..
2. Property
- Directory ni untuk menjual / mencari iklan2 hartanah.. Jual rumah ke, jual tanah ke..
3. Motoring
- Directory ni pulak untuk menjual / mencari iklan2 kereta, motosikal dan seumpamanya..

Boleh katakan keseluruhan development portal ni sampai hari ni dalam 40% baru.. banyak lagi nak kena pikir.. Haa, cerita bab development ni, Sekawan.Net ni banyak aku gunakan teknologi AJAX.. biasalah, aku ni kira obses jugak lah dalam AJAX ni. memang seronok coding ajax ni.. simple dan memudahkan pengguna.. tapi kena berhati2 dalam ajax ni.. bukan semua content korang buleh buat dengan ajax.. sebabnya, search engine tak akan jumpa untuk indexkan page yang dipanggil menggunakan ajax..

So sesiapa yang berminat nak tau perkembangan Sekawan.Net ni, korang boleh pass email korang kat aku.. nanti aku letak dalam mailing list.. kalau ada perkembangan terbaru, aku akan pass dalam email.

Wassalam..

[ Kay-Rules ]

Saturday, December 2, 2006

PHP Freelancer in Malaysia - My other blog

I've just created my second blog titled "PHP Freelancer in Malaysia".

The blog is tribute to me as a part-time freelancers. You can view my portfolio, CV, experiences and lists of my past projects that i've done so far in the blog.

* Feel free to surf the blog >> http://phpfreelancers.blogspot.com

Labels: , ,

Tuesday, November 28, 2006

[Technology Review] - AJAX

Korang tau tak apa tu AJAX?..

AJAX ni singkatan untuk `Asynchronous Javascript And XML`.. technology ni tak lah baru sangat.. sebenarnya dah lama dah.. cuma sebelum ni tak ada standard yang dikeluarkan oleh mana2 pihak..

Kalau tak salah aku, Google yang mula2 `mempopularkan` teknologi ajax ni... kalau nak tengok contoh sistem yang guna ajax cuba masuk maps.google.com.. memang power..

baru2 nih google sekali lagi lancarkan google talk versi web.. dia panggil Gmail Chat.. kalau korang ada login gmail, mesti korang tau.. dia sebenarnya Instant Messenger macam YM.. tapi semua nya web-based.. so tak ada masalah port sebab dia guna port 80 je..

kalau korang nak tengok contoh kepoweran AJAX, aku rekemen korang tengok site nih:

1. www.writely.com
- site ni offer kita guna web-based word processor macam ms word.. cuma beza dia guna web.. dia offer kita certain space untuk simpan kerja2 kita dalam tu..

2. www.meebo.com
- ok site ni untuk orang2 yang kena blok pengguna IM kat office..

Aku pun dah try progamming AJAX ni.. bagi aku dia tak lah sesusah mana.. tapi cukup menarik bagi sapa2 yang suka buat coding..

sebenarnya, AJAX ni bukan satu language baru.. cuma dia gabungkan beberapa web programming language untuk hasilkan satu benda baru.. semua standard dia dikeluarkan oleh w3school.. kalau korang berminat nak tau lanjut, surf www.w3schools.com.. Berikut adalah gabungan language yang digabungkan..

1. HTML
2. XML
3. Javascript
4. CSS
5. Mana2 pilihan dynamic web programing language.. contoh nya PHP, ASP, JSP, dll..